Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perikanan Gred G41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perikanan Gred G41. Anda berminat bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perikanan Gred G41? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan jawatan kosong melalui portal rasmi SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Perikanan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Perikanan Gred G41!


Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perikanan Gred G41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/ Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM). Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 bagi permohonan kerja lepasan Diploma & Ijazah Sarjana Muda menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perikanan Gred G41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Perikanan Gred G41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Perikanan Gred G41


Gaji Pegawai Perikanan Gred G41 sekitar RM2,084.00 sehingga RM9,551.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM255.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Perikanan Gred G41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. ijazah sarjana muda sains kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,288.16);atau
4. Ijazah Sarjana Muda Sains (Perikanan) atau Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37);atau
5. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Laut, Awam atau Elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57); atau
6. Ijazah Sarjana Muda Arkitek Laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,594.78).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perikanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Perikanan Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Perikanan Gred G41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Perikanan Gred G41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, didikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal Jabatan.

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Perikanan Gred G41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani/ Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.