Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruukur Gred JA29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruukur Gred JA29| Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Juruukur 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Juruukur Gred JA29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruukur Gred JA29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Juruukur Gred JA29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya dan pelbagai agensi kerajaan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruukur Gred JA29


Berikut adalah maklumat tentang Penolong Juruukur Gred JA29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Penolong Juruukur Gred JA29


Gaji Penolong Juruukur Gred JA29 sekitar RM1,549.00 sehingga RM5,701.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Juruukur Gred JA29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Juruukur Gred JA29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.denga (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
● diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Gred JA29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Juruukur Gred JA29 seperti di bawah :

1. Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur.
2. Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta.
3. Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
4. Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruukur Gred JA29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.