Header Ads

Permohonan dan Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Permohonan dan Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 | Adakah anda penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebelum ini? Berita baik buat anda dimana Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tetap diteruskan bagi golongan berpendapatan rendah oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Untuk makluman, menerusi kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia dalam sidang media yang diadakan 30 Mei, Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dijenamakan semula dengan digantikan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Menurut kenyataan Menteri kewangan, Lee Gua Eng telah mengumumkan sebanyak RM1.6 bilion akan diberikan kepada lebih 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak dan pemberian Bantuan Sara Hidup Fasa ke-2 akan diagihkan bermula 6 Jun 2018.

Permohonan dan Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018

Selain itu, turut diumumkan Bantuan Khas Raya atau Bonus Raya 2018 sebanyak RM400 kepada penjawat awam Gred 41 ke bawah manakala pesara kerajaan pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Permohonan dan Semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup termasuk tarikh, jumlah dan cara pemberian BSH :

Jumlah Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018


1. Kategori isi rumah pendapatan bawah RM3000
● Jumlah Bantuan : RM1,200
● Ansuran Pertama : RM400 (26 Februari 2018)
● Ansuran Kedua : RM400 (6 Jun 2018)
● Ansuran Ketiga : RM400

2. Kategori isi rumah pendapatan bawah RM4000
● Jumlah Bantuan : RM900
● Ansuran Pertama : RM300 (26 Februari 2018)
● Ansuran Kedua : RM300 (6 Jun 2018)
● Ansuran Ketiga : RM300

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018


Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan Sara Hidup seperti di bawah ;

1. Akaun Bank
Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan maklumat akaun bank semasa memohon.

Nota : Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Isi Penting Pengumuman Perdana Menteri


Antara isi-isi penting pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 30 Mei 2018:

1. Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menggantikan GST bermula 1 September 2018.

2. Projek laluan MRT3 tidak akan diteruskan lagi.

3. Diskaun 50 % bagi semua tol dua hari sebelum raya.

4. Harga minyak Diesel dan Petrol RON 95 dikekalkan manakala RON 97 diapung mengikut harga pasaran.

5. Kerajaan telah melancarkan Tabung Harapan untuk rakyat menyalurkan bantuan.

6. Sayangi Malaysiaku - Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2018

7. Projek ECRL masih lagi dalam kajian.

8. Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan.

9. Rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Russia secara percuma.

BACA JUGA : Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2018 BSH (Fasa 1, 2 & 3)

Untuk keterangan lanjut tentang Bantuan Sara Hidup, sila layari laman web di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau hubungi di talian 1800-88-2716.

Semoga perkongsian tentang informasi ini dapat dijadikan panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup. Selamat membuat perbelanjaan dengan berhemah dan jimat cermat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.