Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Veterinar 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Veterinar G29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29


Berikut adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G29


Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
sekitar RM1,494.00 sehingga RM5,674.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
● diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 seperti di bawah :

1. Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.
2. Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.
3. Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. Program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.