Header Ads

Panduan Menghadiri Temuduga Kerajaan 2023

Panduan Menghadiri Temuduga Kerajaan 2023. Nak hadiri temuduga kerja kerajaan? Panduan buat calon yang bakal menduduki temuduga kerajaan tahun 2023. Untuk makluman, penjadualan temuduga kerja kerajaan boleh disemak secara dalam talian (online) menerusi laman web SPA. Bagi calon yang mendapat panggilan temuduga SPA jangan mempersiakan peluang keemasan ini. Bagaimana cara menghadiri temuduga kerajaan yang sebenar? Berikut adalah tatacara atau panduan menghadiri temuduga kerajaan.

Panduan Menghadiri Temuduga Kerajaan
Gambar : Hiasan

Panduan Menghadiri Temuduga Kerajaan 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan atau tips menghadiri temuduga kerajaan yang boleh dijadikan panduan buat calon :

1. PERSIAPAN AWAL

Berikut adalah persiapan awal sebelum menghadiri temuduga :

(a) Datang tepat pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan dengan membawa bersama surat panggilan temuduga.
(b) Sediakan satu fail khas yang mengandungi dokumen asal seperti berikut ;
a. Sijil Angkatan tentera / Sijil Tamat Perkhidmatan (bagi Bekas/Pesara Tentera sahaja)
b. Kad Pengenalan
c. Surat Beranak
d. Sijil Persekolahan termasuk sijil Berhenti Sekolah dan Keputusan Peperiksaan.
Lesen Memandu (bagi Jawatan Pemandu sahaja)
e. Sijil-sijil kemahiran / kursus yang dihadiri (jika ada)

2. SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA

Sila ambil perhatian semasa menghadiri temuduga mengenai perkara-perkara berikut :

(a) Berpakaian kemas, berbaju lengan panjang serta berseluar panjang yang sesuai warnanya dan pakaian mestilah digosok terlebih dahulu.
(b) Kasut mestilah berkilat dan memakai sarung kaki. Kasut-kasut jenis getah seperti kasut warna putih, kasut sukan dan kasut berbelang mestilah dielakkan.
(c) Rambut hendaklah di sikat rapi dan tidak berambut panjang.
(d) Jika menyimpan misai / jambang, hendaklah dikemaskan dengan dirapi.

3. SEBELUM MEMASUKI BILIK TEMUDUGA

Sebelum memasuki bilik temuduga mestilah memastikan perkara berikut :

(a) Sila lapor diri kepada kakitangan yang bertugas mengikut bilik temuduga yang dinyatakan di dalam surat panggilan temuduga

* Sila susun maklumat seperti di bawah dan serahkan kepada kakitangan bertugas :

i. Surat Panggilan Temuduga
ii. Borang Maklumat Bergambar (dilampirkan bersama Surat Panggilan Temuduga yang di pos kepada calon temuduga)
iii. Salinan Kad Pengenalan
iv. Salinan Sijil Lahir
v. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir Ibu/Bapa jika pemohon lahir luar Negeri Perak
vi. Salinan Sijil Ijazah/Diploma/STPM/STAM/SPM/PMR mengikut kelayakan tertinggi jawatan yang dipanggil temuduga.
vii. Sijil Berhenti Sekolah
viii. Lain-lain Sijil berkaitan
viv. Bagi calon yang sedang berkhidmat/KPSL sila isi ringkasan Lampiran A dan Lampiran D dan menyertakan salinan Buku
x. Perkhidmatan dan Laporan Prestasi untuk 3 tahun sebelum.
xi. Sijil-sijil hendaklah dibuat pengesahan

(b) Dapatkan angka giliran atau senarai nombor temuduga.
(c) Mestilah bersiap sedia pada bila-bila masa jika nama dipanggil mestilah segera menampilkan diri.

4. MEMASUKI BILIK TEMUDUGA

Ketika memasuki bilik temuduga, pastikan perkara-perkara berikut dilakukan :

(a) Ketuk pintu terlebih dahulu. Jika jawapan diterima ‘Sila Masuk' barulah masuk
(b) Setelah masuk, sila tutup pintu dengan cermat dan jangan menutup pintu dengan kuat.
(c) Berikan ucapan salam 'Assalamualaikum' kepada panel yang beragama islam manakala Selamat Pagi / Petang bagi / kepada panel yang bukan beragama islam.
(d) 'Sila Duduk' bila diarahkan duduk.
(e) Duduk dengan bersopan iaitu badan ditegakkan, tangan diletakan kebawah atau ke atas paha dan kaki diluruskan kebawah.  Elakkan melakukan perkara-perkara berikut :-
i. Menyilang kaki semasa duduk
ii. Menyandar di kerusi dengan tangan menungkat dagu.
iii. Duduk dengan tubuh yang tidak lurus.
iv. Elakkan dari membawa masuk perkara tidak perlu seperti sampul surat, beg, topi keledar dan sebagainya.

5. SEMASA DITEMUDUGA

Semasa ditemuduga perkara-perkara berikut mestilah dilakukan :

(a) Serahkan fail yang mengandungi dokumen-dokumen asal.
(b) Bercakap dengan nada yang rendah, bersopan dan teratur.
(c) BERCAKAP DENGAN JELAS DAN TERANG
(d) Bercakap setelah pihak penemuduga telah selesai berkata-kata
(e) Menjawab soalan-soalan yang dikemukan dengan jelas dan terang. Jangan menjawab secara meleret-leret atau secara berjela-jela.
(f) Jangan melakukan kesalahan-kesalahan berikut semasa ditemuduga :-
i. Bercakap dengan nada yang kuat dan tidak bersopan.
ii. Menjawab soalan dengan air muka yang marah dan tidak bersopan.
iii. Bercakap dengan menggerakan tangan atau tubuh.
iv. Menjawab soalan yang tidak ditanya oleh pihak penemuduga.
v. Menjawab soalan secara meleret-leret.
vi. Ketawa terlalu kuat.
vii. Menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif.

6. SETELAH SELESAI TEMUDUGA

Setelah selesai temuduga dijalankan, sila lakukan perkara-perkara berikut :

(a) Sila ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga
(b) Sila bangun dari tempat duduk dengan cermat dan elakkan menarik kerusi yang boleh mengeluarkan bunyi.
(c) Bergerak secara perlahan dan cermat kearah pintu dan buka serta tutup pintu dengan cermat.

7. DILUAR BILIK TEMUDUGA

Setelah berada di luar bilik temuduga, ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut :

(a) Dapatkan kembali dokumen-dokumen asal yang berkemungkinan telah diserahkan kepada kakitangan bertugas.
(b) Elakan dari berbincang dengan rakan-rakan diluar bilik temuduga.

NOTA :

Untuk makluman, semua perkara yang telah dijelaskan diatas akan diberi markah mengikut susunan di bawah :

1. Perwatakan / personaliti
2. Kelayakan
3. Percakapan dan menjawab soalan termasuk persembahan
3. Lain-lain seperti :
(i) Pengetahuan Am, Kesopanan, Kesetiaan, Minat, Dedikasi, Sokongan dan sebagainya.
(ii) Kesemua markah yang digariskan di atas adalah mengikut keperluan dan kehendak Kementerian/Jabatan.

SUMBER

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.