Header Ads

Contoh Soalan Interview Untuk Fresh Graduate 2023

Contoh Soalan Interview Untuk Fresh Graduate 2023. Adakah anda calon temuduga kerja kerajaan atau swasta? Panduan buat calon fresh graduate yang bakal menduduki temuduga bagi jawatan yang ditawarkan tahun 2023. Bagaimana persediaan anda untuk menghadapi sesi temuduga. Berikut adalah contoh soalan dan tips interview untuk fresh graduate.

Contoh Soalan Interview Untuk Fresh Graduate


Contoh Soalan Interview Untuk Fresh Graduate 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan dan tips soalan temuduga untuk fresh graduate :

1. Tell me about yourself.

Untuk soalan ini anda boleh ceritakan tentang latarbelakang diri anda (pekerjaan ibubapa/adik-beradik), latarbelakang pendidikan anda, kegiatan kokurikulum dan mungkin boleh selitkan apa cita-cita anda.

2. What is your strength and weaknesses?

Untuk soalan ini anda boleh senaraikan 4 atau 5 kelemahan atau kelebihan yang anda rasa boleh terangkan dengan baik. Untuk soalan kelebihan, saya rasa anda semua tidak ada masalah kebanyakkan jawapan ambil sahaja dari setiap softskill yang ada. Manakala untuk weaknesses, anda perlu lebih teliti dan pastikan jawapan itu tidak begitu sempit sehingga anda tidak boleh beri penjelasan dengan jelas.

3. Why I should hire/choose you for this job?

Untuk soalan ini adalah untuk meyakinkan para penemuduga untuk memilih anda. Pastikan jawapan yang anda akan terangkan simple dan boleh meyakinkan mereka. Lebih mudah, anda ulang semula point-point penting dalam soalan strength/weaknesses. Tapi anda perlu buatkan ia sebagai satu rumusan atau kesimpulan. Tambah bakat yang anda ada di luar bidang anda.

Panduan Lulus Temuduga Dengan Mudah


Nak tahu rahsia LULUS TEMUDUGA DENGAN MUDAH..? Anda perlu dapatkan rujukan tersebut dengan klik link yang disediakan di bawah ;



Semoga perkongsian tentang contoh soalan temuduga untuk fresh graduate dapat dijadikan panduan buat calon. Selamat maju jaya dan moga dapat menjawat jawatan yang ditawarkan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.