Header Ads

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik 2020 BNM Online

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik 2020 BNM Online. Anda ingin memiliki rumah mampu milik idaman sendiri? Berita baik buat golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan yang sedang mencari skim perumahan daripada kerajaan. Untuk makluman, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan satu skim perumahan iaitu Dana Rumah Mampu Milik (Dana) yang berjumlah RM1.5 billion untuk membantu pembeli rumah membuat pembelian rumah pertama mereka. Bagi yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan Dana Rumah Mampu Milik yang akan dibuka mulai 2 Januari 2019 sehingga dana itu habis digunakan.

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM 2019 (Bank Negara Malaysia)

Untuk makluman menerusi pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Malaysia YB Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM 1.5 billion di bawah penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana). Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar konsesi. 

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik 2020 BNM Online


Berikut dikongsikan maklumat tentang Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan/ Kriteria Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik 


Antara syarat-syarat kelayakan Dana Rumah Mampu Milik BNM yang perlu diikuti adalah :

1. Pemohon hanya warganegara Malaysia sahaja. 
2. Pendapatan isi rumah bulanan maksimum sebanyak RM2,300
3. Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
4. Peminjam tunggal atau peminjam bersama
5.Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
6. Harga hartanah sehingga RM150,000 
7. Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun

Cara Permohonan Dana Rumah Mampu Milik BNM


1. Pemohon perlu melengkapkan modul pendidikan kewangan mandotori secara online yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit menerusi pautan di bawah ;

KLIK 👉 https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang soalan lazim Dana Rumah Mampu Milik BMM boleh ke pautan disini

Untuk info lanjut anda boleh menghubungi 
Institusi Kewangan yang mengambil bahagian seperti berikut ;

i. AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888 
ii. Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
iii. CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688 
iv. RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK). 

Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dana Rumah Mampu Milik daripada Bank Negara Malaysia untuk pembelian rumah pertama anda.

Sumber : BNM

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.