Header Ads

Senarai Kategori Bantuan Sara Hidup 2020 TERKINI

Senarai Kategori Bantuan Sara Hidup 2020 TERKINI. Berita baik kepada penerima atau pemohon baharu Bantuan Sara Hidup daripada kerajaan. Menerusi pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan baharu Pakatan Harapan telah mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 tahun 2020. Daripada intipati Bajet 2019, dianggarkan seramai 4.1 juta isi rumah akan menerima bantuan tersebut berjumlah RM5 juta keseluruhannya. Walau bagaimanapun, kategori permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 telah diubahkan dari segi jumlah bayaran dan golongan penerima. Berikut kongsikan senarai kategori BSH 2020 Terkini buat rujukan rakyat Malaysia.

Senarai Kategori Bantuan Sara Hidup 2019 TERKINI
Kredit imej : the rakyat post

Senarai Kategori Bantuan Sara Hidup 2020 TERKINI 


Berikut dikongsikan maklumat tentang kategori penerima Bantuan Sara Hidup 2020 yang meliputi jumlah dan tarikh terima bayaran :

A. Kategori isi rumah pendapatan bawah RM2000 dan ke bawah

● Jumlah Bantuan : RM1,000

Kadar Tambahan ;
● Jumlah Bantuan : RM120/ Anak
● Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah
● Tiada had umur untuk anak OKU
● Terhad kepada 4 anak sahaja

B. Kategori isi rumah pendapatan RM2,001 hingga RM3000

● Jumlah Bantuan : RM750

C. Kategori isi rumah pendapatan RM3,001 hingga RM4000

● Jumlah Bantuan : RM500

Cara Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019


Seperti mana sebelum ini, pembayaran Bantuan Sara Hidup akan dimasukkan melalui akaun bank penerima atau secara baucar :

Akaun Bank

Pembayaran BSH akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang telah diisikan semasa permohonan secara dalam talian atau isi borang manual.

Baucar Bantuan Sara Hidup

1. Selain itu, bagi pemohon yang tiada akaun bank juga boleh menerima Bantuan Sara Hidup melalui baucar. Penerima BSH boleh menunaikan baucar tersebut dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memperolehi wang tunai.

Untuk sebarang pertanyaan tentang BSH 2019, sila hubungi di talian :

i. Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
ii. Nombor Bebas Tol LHDN 1-800-88-2716

BACA JUGA : Permohonan dan Kemaskini BSH 2020 

Selamat membuat pembelanjaan bantuan ini dengan secara berhemah bersama seisi keluarga.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.