Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Penguatkuasa Gred KP41? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Penguatkuasa Gred KP41.

Pegawai Penguatkuasa KP41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 telah dibuka kekosongan jawatan di jabatan atau pelbagai kementerian. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Penguatkuasa KP41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Penguatkuasa KP41


Gaji Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 sekitar RM2,081.00 sehingga RM9,547.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Penguatkuasa KP41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau
4. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
5. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaa ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau
6. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).
7. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.
8. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,390.37);atau
9. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,693.84).

Syarat-syarat Fizikal dan Pancaindera 

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

○ tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
○ berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
○ mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
○ mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa ○ menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
○ lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
○ pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
○ diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Penguatkuasa KP41 seperti di bawah :

a. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

b. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

c. Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.