Header Ads

Contoh Soalan Matematik PTD (Exam Online)

Contoh Soalan Matematik PTD (Exam Online). Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada 16 Mei 2019. Untuk makluman, peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kali ini mempunyai tiga seksyen iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa Inggeris. Dalam artikel ini akan dikongsikan contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah termasuk matematik.


Contoh Soalan Matematik PTD (Exam Online) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan Matematik peperiksaan online SPA :

1. Diberi a - 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.
A. 10
B. 8
C. 1/8
D. - 10

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Ronaldo dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Ronaldo dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Bagi set data 6, 8, 10, 6. 5, 2, x, y. Kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x + y. 
A. 19  
B. 17
C. 18
D. 20

7. Razman mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Rahman pula mendapat kurang 250 markah daripada Roslan. Manakala Roslan mendapat kurang 350 markah daripada Razman. Berapakah jumlah markah mereka?
A. 13,500
B. 13,550
C. 12,550
D. 12,500

8. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter? 
A. 200
B. 250
C. 100
D. 150

9. Hannah menaiki komuter ke Universiti Malaya dari rumahnya pada jam 6.30 pagi dan tiba di sana jam 7.25 pagi. Berapa lama Hannah gunakan masanya ke destinasi? 
A. 45 minit
B. 55 minit
C. 25 minit
D. 35 minit

10. Terdapat 12 rim kertas dalam satu kotak yang beratnya 9 kg. Berapakah berat untuk 100 rim kertas? 
A. 750kg
B. 7500kg
C. 75000kg
D. 70500kg

11. Seorang pemandu bertolak pada jam 1200 untuk memandu sejauh 250km. Jika purata laju bagi dua jam pertama ialah 44km/j. Hitungkan laju yang perlu beliau pandu untuk baki perjalanan supaya dapat sampai ke destinasinya tepat jam 1530. 
A. 68km/j
B. 97km/j
C. 58km/j
D. 108km/j

12. Seorang pekerja dikehendaki bertugas lebih masa dengan bayaran RM5 sejam pada satu minggu. Beliau diminta bertugas hari Selasa hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 12.30 tengah malam. Berapakah bayaran lebih masa yang akan diperolehinya pada minggu tersebut? 
A. RM90
B. RM80
C. RM110
D. RM100

13. 2 7 14 23 34 R. Nilai R ialah 
A. 46
B. 45
C. 47
D. 53

14. Harga petrol meningkat dari RM1.93 ke RM1.97. Cari peratus peningkatan tersebut? 
A. 2.07%
B. 2.70%
C. 2.03%
D. 0.02%

15. Jika perbezaan dua nombor ialah 10 dan hasil darabnya adalah 17. Berapakah jumlah ganda dua nombor-nombor tersebut? 
A. 134
B. 144
C. 127
D. 117

16. Diberi isipadu sebuah silinder tegak dengan diameter tapaknya 16cm ialah 4224cm padu. Berapakah ketinggian silinder tersebut? 
A. 32.25cm
B. 21cm
C. 84cm
D. 5.25cm

17. Tentukan Gandaan Sepunya Terkecil bagi 14, 28 dan 49.
A. 84.
B. 164
C. 196
D. 392

18. Berapa jumlah putaran lengkap bagi ketiga-tiga jarum jam dinding biasa dalam tempoh 12 jam? 
A. 733
B. 720
C. 43932
D. 43921

19. Diberi 80 64 56 52 X. Berapa nilai X? 
A. 44
B. 46
C. 48
D. 50

20. 26.5 liter air dan 8.25 liter jus oren dicampurkan bersama. Semua campuran itu dibotolkan dengan saiz setiap botol adalah 1.25 liter. Berapa botolkah diperlukan untuk mengisi semua campuran jus oren tersebut? 
A. 25
B. 26
C. 27
D. 28

Selamat menduduki peperiksaan! 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.