Header Ads

Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 Veteran ATM

Borang Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 Veteran ATM. Adakah anda veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)? Panduan kepada veteran ATM berpencen dan tidak berpencen dalam kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Untuk makluman kini kerajaan Pakatan Harapan ada menyediakan satu inisiatif iaitu Bantuan Harapan Negara (BHN) kepada veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen dalam kategori isi rumah berpendapatan B40. Permohonan untuk mendapatkan BHN telah dibuka pada 14 April sehingga bulan Oktober 2019 dimana pembayaran pertama akan dilakukan pada 27 Mei 2019.

Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 Veteran ATM

Permohonan BHN boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) di pautan http://bhn.jhev.gov.my​ atau borang permohonan secara manual boleh dihantar ke pejabat JHEV ATM cawangan negeri yang berhampiran. Bagi veteran yang pernah menerima SVTB1M 2012 & BBN 2017 tidak perlu memohon baharu kerana telah ada maklumat tersebut tetapi perlu membuat semakan atau pengemaskinian untuk sebarang perubahan maklumat/ pertukaran no akaun melalui online atau ke JHEV ATM caw negeri yang berhampiran.

Permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 Veteran ATM


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Harapan Negara 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan, cara permohonan dan hubungi :

Inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN 2019) memperuntukkan sejumlah RM79,684 juta dimana bantuan sebanyak RM500 diberikan secara one-off yang memanfaatkan seramai 159,368 veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen dalam kategori isi rumah berpendapatan B40.

Kriteria Kelayakan Penerima BHN


Kriteria kelayakan penerima BHN 2019 adalah seperti berikut:

a. Veteran ATM , iaitu Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau  diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
i. Angkatan Tetap ATM;
ii. Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
iii. Force 136;
iv. Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura;
v. Sarawak Rangers,

b. Tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019,

c. Bermastautin di Malaysia,

d. Veteran ATM yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan,

e. Perlu menohon untuk mendapatkan BHN 2019 bagi:
i. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017
ii. Bakal Veteran ATM (TTP sebelum/pada 31 Disember 2019)

f. Veteran ATM dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000.00 dan ke bawah (B40), dan

g. Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.

Cara Permohonan Bantuan Harapan Negara 2019 Online & Borang 


Permohonan BHN 2019 dilaksanakan dengan cara mengisi dan menghantar Borang BHN 2019 sama ada secara dalam talian atau melalui borang (manual).

A. Secara Manual

1. Untuk permohonan melalui Borang (manual) anda boleh perolehi secara percuma di lokasi berikut:

i. Portal Rasmi JHEV.
ii. Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri / Persatuan Veteran ATM (PVATM).

2. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum atau pada 1 Oktober 2019 ke pejabat-pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

B. Secara Online

1. Permohonan BHN 2019 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), http://bhn.jhev.gov.my.

2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan komputer dan browser dalam smart phone/ tab. Simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran.

3. Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan BHN 2019 adalah seperti berikut:

a. Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat atau Surat
Pengesahan Perkhidmatan atau Arahan Dokumentasi Persaraan / Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP). - 1 salinan
b. Kad Veteran ATM / Kad Bekas Tentera (jika ada). - 1 salinan
c. MyKad / MyTentera pemohon. - 1 salinan
d. Slip Gaji Bulanan terkini atau Surat Pengesahan Pendapatan. - 1 salinan
e. Buku Akaun Bank atau Penyata Akaun Bank (Tercatat Nama, No Akaun Bank terkini dan masih aktif). - 1 salinan
f. Arahan Dokumen Tamat Perkhidmatan daripada Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) bagi bakal Veteran 2019 - 1 salinan

Nota :
Semua salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan daripada salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Harapan Negara 2019 (BHN 2019) sila hubungi Hotline BHN 2019 di talian 03-2697 6600 atau layari portal http://bhn.jhev.gov.my/bhn2019/

Waktu beroperasi  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat pemohon.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.