Header Ads

Bantuan Harapan Negara 2019 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran

Bantuan Harapan Negara 2019 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Harapan Negara 2019? Panduan kepada veteran ATM berpencen dan tidak berpencen dalam kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Untuk makluman menerusi portal Bantuan Harapan Negara (BHN), permohonan BHN telah dibuka mulai 14 April 2019 hingga 1 Oktober 2019 nanti. Permohonan BHN ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) atau borang permohonan secara manual.

Bantuan Harapan Negara 2019 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran

Bantuan Harapan Negara atau ringkasnya BHN adalah satu inisiatif daripada kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu seramai 159,368 veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen dalam kategori isi rumah berpendapatan B40 dimana mereka diberikan bantuan sebanyak RM500 secara one-off. Pembayaran BHN 2019 akan bermula pada 27 Mei 2019 dengan peruntukan sebanyak RM79 juta.

Bantuan Harapan Negara 2019 : Permohonan, Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan, cara permohonan dan hubungi :

Kriteria Kelayakan Penerima BHN 2019


Kriteria penerima BHN 2019 ditetapkan seperti berikut:

a. Veteran ATM , iaitu Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau  diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
i. Angkatan Tetap ATM;
ii. Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
iii. Force 136;
iv. Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura;
v. Sarawak Rangers,

b. Tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019,

c. Bermastautin di Malaysia,

d. Veteran ATM yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan,

e. Perlu memohon untuk mendapatkan BHN 2019 bagi:
i. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017
ii. Bakal Veteran ATM (TTP sebelum/pada 31 Disember 2019)

f. Veteran ATM dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000.00 dan ke bawah (B40)

g. Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.

Kemaskini Bantuan Harapan Negara 2019 


Bagi veteran yang pernah menerima SVTB1M 2012 & BBN 2017 tidak perlu memohon baharu kerana telah ada maklumat tersebut tetapi perlu membuat semakan atau pengemaskinian untuk sebarang perubahan maklumat/ pertukaran nombor akaun melalui online atau ke JHEV ATM cawangan negeri yang berhampiran.


Cara Permohonan BHN 2019 Bantuan Harapan Negara


Bagi permohonan BHN baharu boleh dilakukan dengan dua cara melalui sistem online atau manual mengisi borang ;

A. Secara Manual

1. Untuk permohonan melalui Borang (manual) anda boleh perolehi secara percuma di lokasi berikut:

i. Portal Rasmi JHEV.
ii. Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri / Persatuan Veteran ATM (PVATM).

2. Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum atau pada 1 Oktober 2019 ke pejabat-pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

B. Secara Online

1. Permohonan BHN 2019 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), http://bhn.jhev.gov.my.

2. Pemohon perlu masukkan No. MyKad dan No. Tentera untuk melengkapkan proses semakan. Pastikan anda masukkan kod pengesahan yang dinyatakan dan klik hantar.

Nota :

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan BHN 2019 adalah seperti berikut:

a. Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat atau Surat
Pengesahan Perkhidmatan atau Arahan Dokumentasi Persaraan / Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP). - 1 salinan
b. Kad Veteran ATM / Kad Bekas Tentera (jika ada). - 1 salinan
c. MyKad / MyTentera pemohon. - 1 salinan
d. Slip Gaji Bulanan terkini atau Surat Pengesahan Pendapatan. - 1 salinan
e. Buku Akaun Bank atau Penyata Akaun Bank (Tercatat Nama, No Akaun Bank terkini dan masih aktif). - 1 salinan
f. Arahan Dokumen Tamat Perkhidmatan daripada Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) bagi bakal Veteran 2019 - 1 salinan
g. Semua salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan daripada salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung.

Kaedah Bayaran Bantuan Harapan Negara 2019 


Pemohon akan menerima bantuan ini melalui Elektronik Fund Transfer (EFT). Pastikan pemohon mengisi nombor akaun Bank semasa permohonan BHN.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Harapan Negara 2019, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

Web: http://bhn.jhev.gov.my
No. Tel: 03-26976600
Hadir sendiri ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri.

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan Bantuan Harapan Negara 2019

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat pemohon.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.