Header Ads

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2019

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2019. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam atau swasta. Untuk makluman daripada portal kolejfelcra mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong
Kolej FELCRA tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web www.kolejfelcra.edu.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Jun 2019.

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2019

Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2019 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Kolej FELCRA adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. 

Jawatan :
1. PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
2. PENOLONG EKSEKUTIF
3. PEMBANTU EKSEKUTIF
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Perak
Tarikh Tutup : 14 Jun 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong MPD 2019 Online 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Kolej FELCRA tahun 2019 seperti di bawah :

i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang www.kolejfelcra.edu.my. Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa menghantar borang.

iii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.

iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ FELCRA
BANDAR BARU SEBERANG PERAK
36800 KAMPUNG GAJAH
PERAK DARUL RIDZUAN

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:- 14 JUN 2019 (JUMAAT)

CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kolej FELCRA.
c) Mana-mana calon yang tidak menerima seberang makluman selepas tiga bulan adalah dianggap gagal

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Kolej FELCRA tahun 2019.

Sumber : kolejfelcra

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.