Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Pertahanan Awam akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Pertahanan Awam termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam


Gaji Penolong Pegawai Pertahanan Awam
sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,696.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Pertahanan Awam pula berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Pertahanan Awam


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau
● Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
● Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau
● Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).

Jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam seperti di bawah :

Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Pertahanan Awam membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.