Header Ads

Jawatan Kosong Lembaga Teknologis Malaysia 2019 (MBOT)

Jawatan Kosong Lembaga Teknologis Malaysia 2019 (MBOT). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam atau swasta. Untuk makluman, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berkompetensi, berkelayakan, berintegriti, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Teknologis Malaysia. Permohonan jawatan kosong ini boleh dikemukakan secara manual iaitu menghantar resume dan dokumen berkaitan ke email yang disertakan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2019.

Jawatan Kosong Lembaga Teknologis Malaysia 2019 (MBOT)

Jawatan Kosong Lembaga Teknologis Malaysia 2019 (MBOT) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia termasuk memaparkan senarai jawatan, aplikasi permohonan dan tarikh tutup :

Jawatan :
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PENYELIDIK/SISWAZAH PENYELIDIK
3. PENOLONG PENDAFTAR
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Putrajaya / Cyberjaya
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Jun 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Teknologis Malaysia 2019 


1. Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan berserta (1) salinan curriculum vitae (CV) terkini ke alamat emel hr@mbot.org.my

2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2019 (Jumaat). Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-8800 8385/ 6268 dan berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

(i) YBrs. Ts. Asma Hanim binti Ahmad Sajuri
E-mel: s.asma@mbot.org.my
(ii) Encik Mohamad Safwan bin Mustafar
E-mel: m.safwan@mbot.org.my

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Teknologis Malaysia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.