Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Anda calon Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat? Panduan buat calon peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat sesi Jun 2019. Sudahkah anda buat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini? Menerusi portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 akan dilaksanakan pada 26 Jun 2019. Untuk posting ini akan membantu para calon mengenai format dan contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 yang memaparkan format exam, contoh soalan, dan rujukan ;

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
============================================

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29

Tarikh Peperiksaan :  26 Jun 2019 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi - 12:25 Tengah Hari

Sila layari laman web :
-----------------------
e-semakan.spa.gov.my/peg_pembgnan_masyarakat

"Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA  semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!"

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 


Dalam peperiksaan online Pegawai Pembangunan Masyarakat pada sesi Jun 2019 terdapat tiga seksyen yang calon perlu laksanakan iaitu seksyen A: pengetahuan am, seksyen B: daya menyelesaikan masalah dan seksyen C: kefahaman bahasa Inggeris :

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

● SEKSYEN C : KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat 


Seksyen A : Pengetahuam Am

Dalam seksyen ini calon akan diuji secara umum berkaitan pengurusan sumber manusia dan pembangunan masyarakat, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan
Pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan semasa.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui
agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK
A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan
jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 23 tahun
D. 27 tahun

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah 

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

I. Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, Kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

1. Apakah K?



2. Isikan nombor yang sesuai di hujung garisan bertanda S


A. 469
B. 220
C. 110
D. 55
Jawapan: A

Teknik Menjawab:
= 59 – 4 = 55x 2
= 117 – 7 = 110x 2
= 235 – 15 = 220x 2
= 469 – 29 = 440

3. Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?


A. 64
B. 54
C. 49
D. 4

Teknik Menjawab :
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54.

II. Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk di analisis.

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

2. Jadual di bawah menunjukkan tinggi sekumpulan murid.


Diberi bahawa kelas mod ialah 161 – 170 cm. Nilai x tidak mungkin ialah
A 7 B 9
C 10 D 11
Jawapan: A

3. Jadual berikut menunjukkan jatuhan pin peserta dalam satu Liga Tertutup Boling Agensi ABC. Berapakah beza jatuhan pin antara pasukan 1 dan 3 pada bulan Februari dan Mac?


A. 20
B. 25
C. 36
D. 40
Jawapan: C

III. Konsep Matematik

Calon diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan berkebolehan berfikir.

1. Diberi a - 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.
A. 10
B. 8
C. 1/8
D. - 10

2. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

3. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

4. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit? 
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81? 
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

6. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji tembikai?

A. RM 10.00
B. RM 9.00
C. RM 8.50
D. RM 9.50
Jawapan : D

7. Di antara berikut yang manakah nilai paling besar ?.
A. 2.7%
B. 3/4
C. 0.013
D. 16/45
Jawapan : B

8. Siti membeli 2 botol jus oren, satu botol mengandungi 0.85 liter dan satu botol lagi 1.75 liter. Jika jus oren disediakan untuk 10 orang, cari purata liter yang diterima oleh setiap orang.

A. 0.25 liter
B. 0.26 liter
C. 1.28 liter
D. 2.6 liter
Jawapan : B

9. Husniah mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55
Jawapan : D

10. x(x-2y)-(y-x)2 =
A. –y2
B. 2x2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2
Jawapan : C

Seksyen C : Kefahaman bahasa Inggeris 

Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi dua (2) petikan pendek beserta 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa.

Masa : 30 minit

Soalan : 30 (aneka pilihan)

CONTOH SOALAN

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut. 

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish. 

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things. 

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking! 

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

1. From the passage below, we know that Malays
A use flavouring when they cook.
B use spices in their cooking.
C eat vegetables everyday.
D eat spicy food only.
Jawapan : B

2. The phrase ‘staple food’ (line 5) means
A main ingredient in a dish
B main food that a person eats
C food that is eaten by everyone
D Dfood that is everyone’s favourite
Jawapan : B

3. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it
A has coconut milk in it
B has local ingredients
C is cooked with spices
D is simply delicious
Jawapan : A

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, tidak mempunyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan. Rujukan semata-mata!

Nak dapatkan rujukan lengkap peperiksaan? 

Untuk dapatkan nota peperiksaan online anda boleh klik pautan di bawah ;

[+] http://infotambahan.com/seksyen/37705

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.