Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29

Gaji, Kelayakan & Tugas Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pelukis Pelan akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pelukis Pelan bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia & Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29 termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29


Gaji Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29 sekitar RM1,377.00/RM1,549.00 sehingga RM4,003.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29 pula berjumlah RM100/RM145.

Syarat Kelayakan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19:RM1,435.12); atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29

i. sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau
ii. diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

Jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19/JA29


Berikut adalah tugas-tugas Pelukis Pelan seperti di bawah :

Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.