Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Ahli Muzik

Gaji, Kelayakan & Tugas Ahli Muzik. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Ahli Muzik.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Ahli Muzik akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Ahli Muzik bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma dan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Ahli Muzik Pelbagai Gred 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ahli Muzik termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Ahli Muzik 


Gaji Ahli Muzik Gred B19/B29 sekitar RM1,360.00/ RM1,499.00 sehingga RM4,032/ RM5,679.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Ahli Muzik pula berjumlah RM100 bagi Gred B19 dan RM145 bagi Gred B29.

Syarat Kelayakan Artis Budaya Gred B19/ B29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19
   
i. mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).
   
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29
   
(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iv) diploma dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).
   
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41
   
(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau traditional. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang seni muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

Jawatan Ahli Muzik boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Ahli Muzik 


Berikut adalah tugas-tugas Ahli Muzik seperti di bawah :

Bertanggungjawab kepada Pengarah Muzik RTM untuk menggubah lagu, menyemak skor-skor muzik, memimpin dan menjaga tatatertib anggota Kombo RTM. Bermain alat-alat muzik dan membantu pemimpin orkestra dalam pentadbiran.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

2 ulasan:

  1. pancaragam askar nak apply boleh tak

    BalasPadam
  2. Jika dpt interview utk b29 tapi kelayakan sesuai juga utk b41,bolehkah pemohon ini ditempatkan di kategori b41?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.