Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29. Berminat bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Insolvensi Malaysia? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L41.


Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Insolvensi Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Pegawai Undang-Undang L29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29


Gaji Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 sekitar RM1,773.00 sehingga RM5,674.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Undang-Undang 


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau
(d) diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).

Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29


Berikut adalah Tugas-tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.