Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita)

Gaji, Kelayakan & Tugas Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita). Anda sedang mencari-cari jawatan kosong kerajaan? Jom mohon kerja kosong kerajaan! Untuk makluman, permohonan jawatan kosong kerajaan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut kongsikan syarat kelayakan, tugas dan gaji Sarjan Polis YA5.

Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Sarjan Polis YA5 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Sarjan Polis YA5 bagi lepasan SPM atau setaraf menerusi portal web SPA. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian di laman web SPA https://putra2.spa.gov.my.

Gaji, Kelayakan & Tugas Sarjan Polis YA5 (Lelaki/Wanita) 


Berikut adalah maklumat tentang jawatan
Sarjan Polis YA5 yang memaparkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Sarjan Polis YA5


Gaji minimum Sarjan Polis YA5 (RM1,930.00). Manakala untuk gaji maksimum Sarjan Polis YA5 adalah RM5,801.00. Kadar kenaikan gaji adalah RM150.00

Syarat Kelayakan Sarjan Polis YA5


Antara syarat-syarat kelayakan bagi jawatan Sarjan Polis YA5 seperti berikut :

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
c). Kelayakan Akademik:
i). Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian
islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
ii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat
bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Sarjan Polis YA5 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : rmp

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.