Header Ads

Permohonan Jawatan Sarjan Polis Gred YA5 2023 Online

Permohonan Jawatan Sarjan Polis Gred YA5 2023 Online. Berminat menjadi seorang anggota polis? Berita baik buat anda bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi anggota polis. Untuk makluman menerusi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kini permohonan jawatan kosong PDRM telah dibuka bagi mengisi kekosongan jawatan Sarjan Polis Gred YA5 untuk tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 27 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023 menerusi laman web rasmi https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.


Permohonan Jawatan Sarjan Polis Gred YA5 2023 Online


Permohonan Jawatan Sarjan Polis Gred YA5 2023 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kekosongan jawatan Sarjan Polis termasuk memaparkan cara mohon dan syarat kelayakan :

Jawatan : SARJAN POLIS GRED YA5 (LELAKI/WANITA)
Jabatan : Polis Diraja Malaysia
Lokasi Kekosongan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Tarikh Permohonan : 27 Disember 2022 - 9 Januari 2023

Syarat Kelayakan Sarjan Polis YA5


Antara syarat-syarat kelayakan Sarjan Polis YA5 adalah seperti berikut :


a. Warganegara Malaysia; 

b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

c. Kelayakan Akademik:

i. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d. Kelayakan Fizikal: 

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.

iii. Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

iv. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).

v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap).

vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).



Dekripsi Tugas Sarjan Polis YA5


Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. 

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Tangga Gaji Sarjan Polis YA5


  • Gaji minimum : RM1,930
  • Gaji maksimum : RM5,801
  • Kadar gaji tahunan : RM150

Cara Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2023 Online 


Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Help Desk Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman di talian 03-2266 8348 / 8350 / 8351.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai anggota Polis Diraja Malaysia tahun 2023.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.