Header Ads

Permohonan Jawatan Kosong Inspektor Polis YA13 2021 (PDRM)

Permohonan Jawatan Kosong Inspektor Polis YA13 2021 (PDRM). Anda berminat dan ingin menjadi seorang anggota Polis? Berita baik buat anda bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh memohon jawatan kosong PDRM tahun 2021. Untuk makluman menerusi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kini permohonan jawatan kosong PDRM telah dibuka bagi mengisi kekosongan Inspektor Polis YA13. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 16 April hingga 30 April 2021 menerusi laman web rasmi https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

Permohonan Jawatan Kosong Inspektor Polis YA13 2021 (PDRM)


Permohonan Jawatan Kosong Inspektor Polis YA13 2021 (PDRM)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kekosongan jawatan Inspektor Polis YA13 termasuk memaparkan lokasi temuduga, tarikh tutup dan aplikasi permohonan :

Jawatan : INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA)
Jabatan : Polis Diraja Malaysia
Lokasi Kekosongan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2021

Syarat Kelayakan Inspektor Polis YA13



a. Terdiri dari Warganegara Malaysia; 

b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

c. Kelayakan Akademik:

i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

iv. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

v. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

Dekripsi Tugas Inspektor Polis YA13


Mentadbir, merancang pencegahan Jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan negara di darat, laut dan udara.

Tangga Gaji Inspektor Polis YA13


  • Gaji minimum : RM2,502
  • Gaji maksimum : RM9,803

Cara Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2021 Online 


Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan, sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350 / 8351.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai anggota Polis Diraja Malaysia tahun 2021.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.