Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian 2019 (MDP)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian 2019 (MDP). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Pontian (MDP) tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi http://www.mdpontian.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian 2019 (MDP)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian 2019 (MDP) 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Negeri Johor yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk mengisi jawatan berikut :

Jawatan :
1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19
5. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
6. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Johor
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Pontian 2019 


1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati secara percuma di Majlis Daerah Pontian atau boleh dimuat turun di laman web:
http://www.mdpontian.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah ditampal dengan sekeping gambar berukuran passport serta disertakan dokumen-dokumen berikut yang telah diakui sah:-
1.1 Salinan kad pengenalan
1.2 Salinan sijil kelahiran
1.3 Salinan sijil-sijil persekolahan
1.4 Salinan kelulusan akademik
1.5 Salinan transkrip keputusan peperiksaan
1.6 Lain-lain dokumen sokongan

3. Borang permohonan jawatan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-
Yang Dipertua
Majlis Daerah Pontian
Jalan Alsagoff
82000 Pontian
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

4. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;

5. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

6. Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu melampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif
http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp bersama borang permohonan.

7. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

8. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Pontian tahun 2019.

Sumber : mdpontian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.