Header Ads

eGUMIS Online Semakan Wang Tak Dituntut 2021

eGUMIS Online Semakan Wang Tak Dituntut 2021. Nak semak Wang Tak Dituntut? Panduan buat pengguna yang ingin membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) tahun 2021. Untuk makluman menerusi akhbar online Astrowani menyatakan sebanyak RM6.9 billion Wang Tak Dituntut yang boleh disemak secara dalam talian mulai awal tahun 2020. Kini, pengguna boleh semak WTD secara online menerusi laman web www.egumis.anm.gov.my. Selain itu, semakan Wang Tidak Dituntut juga boleh dibuat secara manual di Kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri.

eGUMIS Online Semakan Wang Tak Dituntut 2021

eGUMIS Online Semakan Wang Tak Dituntut 2021


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Wang Tak Dituntut termasuk memaparkan definisi WTD dan aplikasi semakan :

Apa Itu Wang Tak Dituntut?


Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

◎ Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
◎ Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
◎ Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online & Manual


A. Secara Online

Sistem online eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) telah diaktifkan pada tahun 2020. Semakan boleh dibuat terus menerusi portal https://egumis.anm.gov.my/

B. Hadir ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

1. Pengguna kena hadir ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

2. Pastikan anda bawa Kad Pengenalan Diri/ MyKad dan serahkan di kaunter untuk proses semakan WTD.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan untuk membuat semakan WTD.

Maklumat Tambahan Wang Tak Dituntut 


Untuk dapatkan maklumat tambahan tentang Wang Tak Dituntut boleh muat turun menerusi pautan di bawah :

1. Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD - Muat Turun

2. Borang Permohonan Bayaran Balik - Muat Turun

3. Contoh Mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik - Muat Turun

4. Borang Bon Gantirugi - Muat Turun 

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web www.egumis.anm.gov.my atau hubungi di talian 03 8000 8700.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.