Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2019. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Port Dickson tahun 2019. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang di laman web www.mppd.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Disember 2019.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2019


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. AKAUNTAN GRED WA41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 11 November 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2019


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson tahun 2019 seperti di bawah :

1. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di
www.mppd.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan
maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41
dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.
a. Gambar warna ukuran pasport;
b. My Kad/Kad Pengenalan;
c. Sijil kelahiran (surat beranak);
d. Sijil berhenti sekolah;
e. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
f. Ijazah dalam bidang yang berkaitan;
g. Sijil-sijil berkaitan.

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan
Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan
Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun
2018 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

4. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat
seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

NOTA :
i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan
dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga melalui panggilan telefon atau surat.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan
dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman
bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).
iii) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat
berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Port Dickson tahun 2019.

Sumber : mppd

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.