Header Ads

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2023 (MPPD)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2023. Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Majlis Perbandaran Port Dickson tahun 2023. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat dengan memuat turun borang di laman web www.mppd.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Julai 2021.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2021

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan :
1. PENOLONG AKAUNTAN
2. PEMBANTU TADBIR
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
4. PEMBANTU PENGUATKUASA
Jabatan : Majlis Perbandaran Port Dickson
Kekosongan Baru
Lokasi Kekosongan : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup : 28 Julai 2021

Cara Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson seperti di bawah :

1. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD http://www.mppd.gov.my/ms/rakyat/peluang-pekerjaan

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/ Penghulu/Pengerusi JKKK.
a. Gambar warna ukuran pasport;
b. My Kad/Kad Pengenalan;
c. Sijil kelahiran (surat beranak);
d. Sijil berhenti sekolah;
e. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
f. Ijazah dalam bidang yang berkaitan;
g. Sijil-sijil berkaitan.

3. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

NOTA :
i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temuduga melalui panggilan telefon atau surat.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Port Dickson tahun 2021.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.