Header Ads

Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20

Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20. Apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan T20? Rakyat Malaysia kini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu B40, M40 dan T20. Untuk makluman, kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20) merupakan kumpulan yang paling tertinggi pendapatan isi rumah bulanan iaitu RM8000 dan ke atas. Manakala kumpulan B40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah iaitu RM4000 ke bawah dan penerima bantuan kewangan untuk sara hidup.

Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20

Menerusi laporan daripada Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), menyatakan definisi kumpulan pendapatan ini tidak tetap dan istilah ini mewakili peratus populasi negara. Klasifikasi kumpulan ini juga bergantung penyata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mungkin naik atau turun dari tahun ke tahun.

Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kumpulan Pendapatan B40, M40 dan T20 termasuk memaparkan definisi dan jumlah pendapatan mengikut kumpulan :

KUMPULAN T20

Kumpulan isi rumah tertinggi (T20) merujuk kepada 20% golongan berpendapatan tinggi yang purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas.

KUMPULAN M40

Kumpulan isi rumah pertengahan (M40) merujuk kepada 40% iaitu mereka yang berpendapatan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00 sebulan.

KUMPULAN B40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,860.00 sebulan. Kumpulan isi rumah B40 juga adalah merupakan penerima Bantuan Sara Hidup yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.