Header Ads

Semakan Wang Tidak Dituntut Jabatan Akauntan Negara JANM

Semakan Wang Tidak Dituntut Jabatan Akauntan Negara JANM. Sudahkah buat semakan Wang Tak Dituntut? Bagi anda yang nak buat tuntutan Wang Tidak Dituntut kini boleh dibuat secara manual di kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Orang awam boleh membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) dengan menghadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftaran WTD di Kaunter Pejabat Negeri, Menara Maybank Kuala Lumpur dan JANM di seluruh negeri. Tiada sebarang caj dikenakan.

Semakan Wang Tidak Dituntut Jabatan Akauntan Negara JANM

Buat masa sekarang, sistem semakan online tidak berfungsi dan dijangka akan diaktifkan sekurang-kurangnya pada awal tahun 2020. Sistem online ini dikenali sebagai Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) yang akan diperkenalkan nanti. 

Semakan Wang Tidak Dituntut Jabatan Akauntan Negara JANM 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Wang Tak Dituntut secara manual di Jabatan Akauntan Negara Malaysia :

Hadir di Kaunter JANM

1. Pengguna perlu menghadiri (walk-in) sendiri ke kaunter pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan kawasan anda.

2. Sila sertakan Kad Pengenalan Diri/ MyKad dan serahkan di kaunter untuk proses semakan Wang Tak Dituntut.

3. Pegawai akan semak WTD dengan masa yang singkat dan akan memaparkan jumlah Wang Tak Dituntut yang boleh diambil.

Nota : Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan untuk membuat semakan WTD.

Cara Tuntutan Wang Tak Dituntut (Individu) 


Untuk semakan Wang Tak Dituntut secara individu sila rujuk panduan di bawah ;

1. Orang awam boleh memperolehi borang UMA-7 daripada pejabat Pendaftar.

2. Borang ini juga boleh diperolehi di semua pejabat negeri Jabatan ini dan di kebanyakan bank-bank perdagangan.

3. Pemohon boleh memuat turun borang UMA-7 daripada laman web untuk kegunaan rasmi. Sila terus klik pautan UMA-7.

Borang UMA-7 

4. Semua permohonan bayaran balik atau sebarang pertanyaan berkaitan WTD boleh dikemukakan kepada Pendaftar WTD beralamat seperti berikut:

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03-2056 8000
Faks: 03-2072 5707/ 03-2026 7430

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk membuat tuntutan Wang Tak Dituntut.

Sumber : ANM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.