Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19 Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruteknik Komputer Gred FT19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruteknik Komputer Gred FT19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juruteknik Komputer bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Juruteknik Komputer Gred FT19 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Juruteknik Komputer 


Gaji Juruteknik Komputer Gred FT19 sekitar RM1,377.00 sehingga RM4,052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Juruteknik Komputer Gred FT19 pula berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Juruteknik Komputer Gred FT19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

Jawatan Juruteknik Komputer boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer Gred FT19


Berikut adalah tugas-tugas Juruteknik Komputer FT19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

BACA JUGA : Jawatan Kosong Juruteknik Komputer FT19

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.