Header Ads

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020 Online (Borang Pendaftaran)

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020 Online (Borang Pendaftaran). Berita baik buat rakyat negeri Selangor yang ingin dapatkan insentif kesihatan. Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor ada memperkenalkan satu skim kesihatan iaitu Peduli Sihat Selangor khususnya buat golongan yang berpendapatan rendah (B40) dalam mendapatkan rawatan kesihatan secara PERCUMA. Selain skim Peduli Sihat, kerajaan Selangor turut menawarkan Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk bantuan para ibu. Permohonan skim Peduli Sihat Selangor ini boleh dibuat secara online di laman web PEDULI SIHAT atau manual isi borang.


PEDULI SIHAT merupakan skim perlindungan kesihatan asas yang dirkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40). Rakyat Negeri Selangor yang layak boleh mendapatkan rawatan kesihatan asas secara percuma di lebih 1,000 buah klinik swasta di Selangor dan Lembah Kelang yang berdaftar dengan skim ini.

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor 2020 Online (Borang Pendaftaran)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Peduli Sihat Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online & manual :

Syarat Kelayakan Kad Peduli Sihat Selangor 


Antara syarat-syarat kelayakan Skim Peduli Sihat Selangor yang perlu diikuti adalah :

1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 (Keluarga) atau RM1,500.00 (Individu)

4. Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih

Cara Pendaftaran Kad Peduli Sihat Selangor Online & Manual 


A. Secara Online

1. Untuk kali pertama anda perlu mendaftar akaun Peduli Sihat secara online di laman web https://member.pedulisihat.com/site/createMember

2. Setelah selesai daftar, anda boleh LOG Masuk https://member.pedulisihat.com/site/login

B. Secara Manual (Isi Borang) 

1. Untuk isi borang permohonan secara manual boleh muat turun PEDULI SIHAT

2. Lengkap borang permohonan dan hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan. 

3. Borang permohonan yang telah diisi lengkap perlu disertakan dengan dokumen sokongan adalah iaitu :

i. Borang Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran
iv. Salinan Slip Gaji/ Pencen
v. Salinan Penyata EA* atau KWSP* (untuk pekerja swasta)
vi. Salinan Sijil Kematian / Bercerai (untuk ibu tunggal)
vii. Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti
tersenarai sebagai golongan miskin/miskin tegar dalam pengkalan data eKasih

Pendaftaran Klinik Panel 


Untuk menikmati imbuhan dan kemudahan yang disediakan dalam Skim
PEDULI SIHAT, mereka yang berkelayakan harus mendaftar di lokasi klinik berikut:

1. Muat Turun Borang Pra Pendaftaran (Panel Klinik).
2. Isi segala maklumat yang diperlukan pihak Peduli Sihat.
3. Setelah segala maklumat telah diisi, Scan dokumen lampiran dalam bentuk format (PDF).
4. Dan hantar dokumen yang telah di isi dengan lengkap ke provider@pedulisihat.com

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Peduli Sihat, sila hubungi di:

SELGATE Corporation Sdn. Bhd
No. Telefon: 03 - 5525 6600
No. Faks: 03 - 5525 6900
Emel: info@pedulisihat.com

BACA JUGA : Semakan Status Kad Peduli Sihat Selangor 

Semoga anda berjaya mendapat skim Peduli Sihat ini untuk kesihatan anda. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.