Header Ads

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 (RMMT) Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 (RMMT) Online. Anda ingin memiliki sebuah rumah idaman? Panduan buat anda yang golongan berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah. Untuk makluman, kerajaan Negeri Terengganu ada menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) tahun 2020 bagi golongan yang berpendapatan rendah. Bagiaanda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mampu Milik Terengganu secara online di laman web rasmi eperumahan.terengganu.gov.my.

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 (RMMT) Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 (RMMT) Online


Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mampu Milik Terengganu termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu


Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu adalah seperti berikut:

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 3,500 sebulan.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) Online 


1. Untuk permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://eperumahan.terengganu.gov.my

2. Bagi pertama kali anda perlu buat pendaftaran dahulu kemudian Log In akaun semula.

3. Pilih daerah projek perumahan yang dikehendaki.

4. Isikan maklumat pemohon dengan lengkap dan klik butang 'Hantar'.

Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mampu Milik Terengganu, sila hubungi di:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09 - 626 7999 / 09 - 631 7999
Faks : 09 - 6262999

Semoga adanya skim perumahan ini dapat membantu anda memiliki rumah idaman sendiri. 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum....Sy perlukan rumah Sy keje sendiri xda rumah smpai skrng..tel(0197696912)

    BalasPadam
  2. Sya perlu kn rumah sendiri

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.