Header Ads

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB)

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB). Anda ingin memiliki rumah sendiri? Panduan buat anda golongan yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB. Buat masa sekarang permohonan baharu tidak dibuka.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB)

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia. Kini, SPNB diletakkan di bawah pengurusan atau seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula tahun 2018.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB) 


Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri perumahan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB 


Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan

Ciri-Ciri Rekabentuk Rumah RMRPLUS

a. Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat
b. 3 Bilik & 2 Bilik Air

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online 


1. Untuk permohonan anda boleh dapatkan borang permohonan dengan melayari ke laman web http://spnb.com.my/

2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mesra Rakyat, sila layari ke laman web rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/ atau ;

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170

Semoga adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang berkelayakan memiliki rumah idaman sendiri.

Penafian : Laman web SPA8i.net tiada sebarang kaitan dengan pihak kerajaan atau Syarikat Perumahan Negara Berhad. Posting ini hanya untuk informasi sahaja.

6 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.