Header Ads

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2021 SRP (Semakan Status)

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2021 SRP (Semakan Status). Anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda yang berumur 40 tahun dan ke bawah dengan berpendapatan tidak melebihi RM5,000 untuk memiliki rumah pertama. Untuk makluman, kerajaan ada menawarkan satu skim perumahan iaitu Skim Rumah Pertamaku yang telah diperkenalkan pada Belanjawan 2011 khas buat golongan yang berpendapatan rendah (B40). Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Skim Rumah Pertamaku dengan membuat pilihan di mana-mana bank yang menawarkan skim ini.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2021 SRP (Semakan Status)


Skim Rumah Pertamaku atau ringkasnya SRP adalah satu skim perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2011 untuk membantu orang-orang muda yang berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah. Dengan adanya skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2021 SRP (Semakan Status) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Rumah Pertamaku termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Rumah Pertamaku 


Antara syarat-syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku yang perlu diikuti oleh pemohon adalah :

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Pembeli rumah pertama
3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
4. Pemohon individu atau bersama
5. Individu berumur sehingga 40 tahun sahaja
6. Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
i. Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
ii. Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
7. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

Ciri-Ciri dan Kriteria Skim Rumah Pertamaku 


a. Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
b. Nilai maksimum hartanah RM500,000
c. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) 


Untuk permohonan anda perlu lihat senarai bank-bank yang terlibat dalam Skim Rumah Pertamaku. Anda boleh layari ke laman web http://www.srp.com.my/ untuk dapatkan senarai bank yang menawarkan skim tersebut. 

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang Skim Rumah Pertamaku boleh layari ke http://www.srp.com.my/bm/faq.html.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran skim perumahan ini untuk pembelian rumah pertama anda.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.