Header Ads

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2021/2022 Online (Ambilan Baharu)

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2021/2022 Online (Ambilan Baharu). Anda mempunyai anak bakal ke Tahun Satu?? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berusia 6 tahun untuk kemasukan Tahun Satu (1). Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2021/2022 akan dibuka permohonan bermula daripada 1 Mac sehingga 30 April 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman portal KPM atau terus ke https://public.moe.gov.my/.

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2021/2022 Online (Ambilan Baharu)

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2021/2022 Online (Ambilan Baharu) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Murid Tahun Satu sesi 2021/2022 untuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan:

○ Tarikh Permohonan: 1 Mac - 30 April 2020

Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 Terkini 


1. Calon adalah warganegara Malaysia.

2. Permohonan pendaftaran dibuat secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my/

3. Perlu cetak borang yang telah siap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

4. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan :
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah.

Cara Permohonan Pendaftaran Murid 1 Sesi 2021/2022 Online 


1. Untuk pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM https://public.moe.gov.my/

2. Bagi pertama kali, anda perlu buat pendaftaran akaun sebelum Log In ke akaun semula untuk pendaftaran.

Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2021/2022


Keputusan pendaftaran murid Tahun 1 lazimnya akan diumumkan sekitar bulan Julai atau Ogos 2020. Pastikan ibu bapa peka terhadap tarikh keputusan yang akan dimaklumkan dalam laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Manakala bagi yang gagal boleh mengemukakan rayuan permohonan Tahun 1 2021/2022 di laman web KPM.

BACA JUGA : Cara Semakan Keputusan Pendaftaran Tahun 1 2021/2022

Sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan Murid Tahun 1, sila layari ke laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.