Header Ads

Permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020

Permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020. Anda seorang penghidap penyakit kronik? Berita baik buat anda khususnya rakyat negeri Kelantan dimana Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik). Untuk makluman, kerajaan Negeri Kelantan ada menawarkan satu skim kesihatan buat pesakit kronik yang memerlukan rawatan ulangan atau sukar sembuh disebabkan kesan penyakit. Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan dengan dapatkan borang di Pusat Khidmat ADUN di kawasan masing-masing.

Permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020

Permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Bantuan Kelantan termasuk memaparkan syarat kelayakan dan borang permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Bantuan (Penyakit Kronik) Kelantan 


a. Rakyat negeri Kelantan
b. Pendapatan isi rumah bawah RM1,200
c. Bagi pemohon yang terlantar atau kanak-kanak hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan pihak penjaga.

Definisi Penyakit Kronik 


1. Pesakit yang merujuk kepada penyakit teruk yang berlarutan dan memerlukan rawatan ulangan.

2. Penyakit yang sukar sembuh disebabkan kesan penyakit atau komplikasi pembedahan.

Cara Permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan


1. Untuk permohonan boleh dibuat dengan dapatkan borang permohonan di Pejabat DUN yang berdekatan dengan rumah anda.

2. Permohonan mestilah dikemukakan bersama-sama salinan kad pengenalan, surat beranak (kanak-kanak) dan surat pengesahan terkini daripada Doktor bertauliah dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat DUN.

Permohonan Skim Bantuan Kesihatan (Penyakit Kronik) Kelantan 2020
Contoh Borang Permohonan Skim Bantuan Kesihatan Kelantan 

BACA JUGA : Semakan Kelayakan PeKa B40 2020

Semoga bermanfaat kepada anda.

2 ulasan:

  1. Masih lagi belum menerima apa-apa bayaran setakat ini

    BalasPadam
  2. sebenarnya tak payah nak isi borang berulang kali , nak cari penghulu susah , 2/3 kali pergi rumah penghulu tiada , dah kalau penyakit kronik mestilah seumur hidup , hanya perlu sms / call untuk maklumkan saja .

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.