Header Ads

Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ Online (Tarikh)

Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ Online (Tarikh). Bilakah tarikh semakan permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ? Perhatian buat pemohon yang telah membuat permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ tahun 2020. Untuk makluman, semakan status Bantuan Musaadah Khaira PPZ boleh dibuat secara online menerusi laman web Musaadah Khaira PPZ. Bagi anda yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM300 secara one-off untuk setiap keluarga.

Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ Online (Tarikh)

Bantuan Musaadah Khaira PPZ adalah satu insentif daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM4,360 sebulan dan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19. Tujuan bantuan ini untuk meringankan beban orang awam termasuk golongan peniaga kecil/ penjaja dan pekerja B40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Semakan Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ Online (Tarikh) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Musaadah Khaira PPZ termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Cara Semak Status Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ Online 


1. Untuk membuat semakan status boleh layari secara online ke laman web https://musaadahkhaira.zakat.com.my/semak.

2. Masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "SEMAK STATUS".

Nota : Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Musaadah Khaira PPZ, sila layari laman sesawang di https://musaadahkhaira.zakat.com.my/.

BACA JUGA : Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2020 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.