Header Ads

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam & Pesara Mulai 23 April 2020

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam & Pesara Mulai 23 April 2020. Anda penjawat awam? Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya kakitangan kerajaan di seluruh Malaysia. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 buat penjawat awam akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Selain pegawai kerajaan, pekerja sambilan harian (PSH) turut menerima bantuan khas ini. Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 ini akan dibayar pada 23 April 2020.

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam & Pesara Mulai 23 April 2020

Selain bantuan khas ini, kerajaan turut memperuntukkan dana sebanyak RM10 bilion kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah B40 termasuk juta golongan M40 menerusi Bantuan Prihatin Nasional.

Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam & Pesara Mulai 23 April 2020 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kewangan tahun 2020 termasuk memaparkan tarikh dan jumlah bayaran :

Pegawai Yang Layak Terima Bantuan Penjawat Awam



  • Pegawai Lantikan Tetap, Sementara dan Tetap
  • Pegawai Yang Bercuti Bergaji Penuh
  • Pegawai Yang Bercuti Separuh Gaji
  • Pegawai Yang Bercuti Tanpa Gaji
  • Pegawai Yang Dipinjamkan Termasuk ke Agensi Yang Diasingkan Pengurusan Persaraannya.


Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 juga diberikan kepada :


  • Guru Interim 
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

PEKERJA SAMBILAN HARIAN TURUT LAYAK MENERIMA

Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 turut dipanjangkan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

PESARA KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 23 April 2020 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM500 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pegawai Yang Tidak Layak Terima


  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk Pegawai Yang memangku, dipinjam tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama. 
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020.
  • Pegawai yang ditamatkan Perkhidmatan demi kepentingan Awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020. 
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020

Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Khas RM500 Kerajaan


Bantuan Khas Kewangan tahun 2020 yang berjumlah sebanyak RM500 akan dibayar pada 23 April 2020.

BACA JUGA : Semakan dan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.