Header Ads

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online. Berita baik buat golongan wanita berumur 50 tahun ke atas dan lahir atau sedang menetap di Negeri Selangor. Untuk makluman, kerajaan Selangor mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Skim Kesihatan Wanita Selangor khususnya kepada golongan wanita berusia 50 tahun dan ke atas. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi SKWS.

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online

Skim Kesihatan Wanita Selangor diwujudkan untuk memastikan kesihatan wanita terjaga di negeri Selangor. Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

Permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) 2020 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Kesihatan Wanita Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi dan proses permohonan :

Syarat Kelayakan Program Skim Kesihatan Wanita Selangor


Antara syarat-syarat kelayakan Skim Kesihatan Wanita Selangor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas yang lahir dan sedang menetap di Selangor.
2. Bagi yang tidak lahir di Negeri Selangor, mereka perlu sekurang-kurangnya bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun.
3. Pengundi berdaftar di negeri Selangor.
4. Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu.
5. Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalankan apabila peserta mendapatkan nasihat oleh pihak doktor atau pakar perubatan sahaja.

Cara Mohon Skim Kesihatan Wanita Selangor Online


Permohonan boleh dibuat secara online mmenerusi laman web YAWAS http://skw.yawas.my/web/.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SKWS, silahubungi di talian :

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor.

No. Tel: 03 5481 8839/03 5481 8835
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.