Header Ads

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN (Borang)

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN (Borang). Berita baik buat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dimana kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan satu inisiatif geran iaitu Geran Padanan Pendigitalan PKS. Kerajaan akan menyediakan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan. Permohonan boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi BSN.

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN (Borang)

Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 BSN (Borang) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah dan jenis perkhidmatan serta cara permohonan :

Apa Itu Geran Padanan Pendigitalan 


Inisiatif Pendigitalan PKS adalah inisiatif geran yang disediakan oleh Kementerian
Kewangan Malaysia bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Seperti yang diumumkan di dalam Pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan akan menyediakan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

Faedah Dan Jenis Perkhidmatan Geran Padanan Pendigitalan PKS


Terdapat tujuh (7) jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih seperti
dibawah:

i) Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
ii) Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) atau Customer Relationship Management (CRM)
iii) Pemasaran Digital/ Jualan
iv) Perolehan
v) Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
vi) Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
vii) E-Dagang

Syarat Kelayakan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 


Antara syarat-syarat kelayakan Geran Padanan Pendigitalan PKS adalah iaitu :

a. Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
b. Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS.
c. PKS terbabit telah beroperasi sekurang-kurangnya satu 1 tahun.
d. Untuk PKS yang baru beroperasi selama satu 1 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 pada tahun tersebut.
e. Bagi PKS yang telah beroperasi melebihi dua 2 tahun, PKS tersebut perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua 2 tahun terkini secara berturut-turut.

Cara Mohon Geran Padanan Pendigitalan PKS 


1. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi https://www.mybsn.com.my/.

2. PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel pembekal perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).

3. PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana–mana cawangan bank.

4. Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan yang dibuat kepada pihak bank adalah tidak dibenarkan.

5. Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada pembekal perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara pihak bank.

Dokumen

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berikut :

i) Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal dan Pengarah Syarikat dan/atau Rakan Kongsi yang mana berkenaan.
ii) Salinan lesen pendaftaran syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A) atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
iii) Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan
kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan.
iv) Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
v) Profil syarikat. (jika ada)
vi) Invois / resit Pembayaran dan persetujuan perkhidmatan bagi
perkhidmatan pendigitalan yang dipilih yang disenaraikan MDEC.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi di talian :

Bank Simpanan Nasional : 1-300-88-1900
SME Bank : 03-2603 7700

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.