Header Ads

Semakan Nombor Baucar BSH 2020 Fasa 3 Online (Tarikh Penunaian)

Semakan Nombor Baucar BSH 2020 Fasa 3 Online (Tarikh Penunaian). Panduan buat pemohon Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran BSH 2020 Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 24 Julai 2020 secara berperingkat berdasarkan kategori BSH. Namun begitu, ada penerima yang gagal dikreditkan ke akaun bank walaupun berstatus lulus. Kini, penerima boleh membuat penunaian BSH menggunakan Nombor Siri di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Julai 2020 bagi yang tiada nombor akaun bank dan bagi yang gagal kredit. Sebelum itu, penerima perlu menyemak nombor siri Bantuan Sara Hidup menerusi portal rasmi BSH.

Semakan Nombor Baucar BSH 2020 Fasa 3 Online (Tarikh Penunaian)

Semakan Nombor Baucar BSH 2020 Fasa 3 Online (Tarikh Penunaian)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri BSH 2020 Fasa 3 termasuk memaparkan tarikh dan cara penunaian di Kaunter BSN :

Apa Itu Nombor Siri BSH


Nmbor siri BSH ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Sara Hidup tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BSH untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 


Pembayaran BSH ke akaun penerima hanya akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN. Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Cara Semak Nombor Siri BSH 2020 Online 


Nombor Siri boleh diperolehi dengan dipaparkan di Paparkan Maklumat Bayaran menerusi Portal BSH. Untuk semakan anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
2. Masukkan No. MyKad.
3. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
4. Klik pada ‘Paparan Maklumat Bayaran’.
5. Masukkan kata laluan dan klik masuk.
6. Klik pada maklumat bayaran.
7. Nombor Siri BSH akan dipaparkan.

Cara Penunaian Nombor Siri BSH 2020 


Penunaian Bantuan Sara Hidup menggunakan Nombor Siri di kaunter BSN boleh dibuat mulai 24 Julai 2020 bagi yang tiada nombor akaun bank dan status pengkreditan adalah Gagal Kredit.

a. Pusat Hubungan Pelanggan BSN : 1-300-88-1900
b. LHDNM : 1-800 882 747

BACA JUGA : Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus 

2 ulasan:

  1. Saya salah daftar permohonan dalam borang status perkahwinan,, boleh minta rayuan permohonan baru semula x

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.