Header Ads

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 (TBRS)

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 (TBRS). Panduan buat Perusahaan Mikro yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) mengumumkan satu inisiatif iaitu Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN kepada perusahaan mikro yang terjejas disebabkan penularan pandemik COVID-19. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN secara online di laman web rasmi TEKUN.

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 (TBRS)

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) ialah skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19. Bagi anda yang lulus akan menerima pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Mikro PENJANA bermula dari RM1,000 sehingga RM10,000.

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 2020 (TBRS) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN termasuk memaparkan syarat kelayakan,tempoh pembiayaan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 


Antara syarat-syarat permohonan skim pemulihan perniagaan TEKUN yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India).
b. Berumur 18 - 60 tahun
c. Bebas daripada tindakan kebankrapan.
d. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada).
e. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
f. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
g. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.

Tempoh Pembiayaan dan Kadar Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN


Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun hingga 3 tahun. Kadar keuntungan yang dikenakan oleh skim ini adalah sebanyak 3.5% setahun.

Jumlah Pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 


Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan Mikro PENJANA bermula dari RM1,000 sehingga RM10,000.

Jenis Sektor Perniagaan Yang Layak


Terbuka kepada semua sektor perniagaan.

Cara Mohon Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN 


Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis atau lokasi perniagaan pemohon.

Maklumat pejabat cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui laman web rasmi https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

Nota : 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada dan 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

Untuk pertanyaan lanjut tentang TBRS, sila hubungi di talian :

a. Nombor telefon: 03-9059 888
b. Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.