Header Ads

Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga SPA 2020

Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga SPA 2020. Nak menduduki temuduga kerja kerajaan? Panduan buat calon yang bakal menghadapi temuduga kerja kerajaan yang dianjurkan oleh pihak SPA. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya berada di fasa terakhir iaitu temuduga sebelum diterima bekerja dalam sektor awam. Sebelum anda melepasi fasa temuduga, inilah perkara penting yang anda perlu membuat persiapan yang rapi untuk terpilih menjawat jawatan kerja kerajaan.



Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga SPA 2020


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang temuduga kerja kerajaan termasuk memaparkan contoh soalan beserta jawapan :

BAB 1 : Soalan berkaitan peribadi anda 

a. Sila terangkan mengenai diri anda 

Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-projek pembangunan bangunan. Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk
memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

b. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?

Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan
sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan.

BAB 2 : Soalan berkaitan kelayakan & pengalaman anda 

a. Mengapa kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti
mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.

b. Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk jawatan ini berbanding calon lain?

Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain, tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Selain

itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.

c. Kenapa awak tidak sambung Ijazah sedangkan keputusan diploma awak sekarang?

Saya tidak menyambung pengajian saya walaupun saya mempunyai diploma dengan keputusan yang cemerlang kerana memikirkan tanggungjawab saya sebagai anak sulung dalam keluarga. Oleh itu saya rasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga saya. Saya akan menyambung
pengajian saya selepas saya mempunyai pekerjaan yang tetap.

BAB 3 : Soalan berkaitan info jawatan 

Senarai tugas-tugas pembantu tadbir?

Tugas-tugas bagi seorang pembantu tadbir di sektor awam adalah bertanggungjawab
melaksanakan tugas-tugas perkeranian danoperasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

BAB 4 : Soalan berkaitan isu semasa 

a. Boleh anda terangkan berapakah harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang?

Berdasarkan berita yang saya tonton malam tadi, dimaklumkan harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang adalah 100 Dollar setong. Mungkin harga tersebut akan berkurang lagi berdasarkan keadaan ekonomi masa ini.

b. Apakah isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini? Nyatakan apa-apa saja yang anda tahu.

Isu yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu kalimah Allah swt, di mana terdapat tuntutan dari pihak yang beragama Kristian menuntut untuk menggunakan kalimah “Allah” di dalam kitab bible mereka yang mereka ingin tuliskannya di dalam versi bahasa melayu. Namun, hakikatnya isu ini telah pun selesai sebelum ini namun dibangkitkan semual. 

Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam persidangan kali ke-82 telah memutuskan bahawa Kaliamh Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan sesiapa yang ingin menggunakan Kalimah Allah haruslah merujuk kepada hakikat sifat Allah iaitu Alalh itu Esa dan bukanlah merujuk kepada konsep ketuhanan yang tiga yang dipanggil “trinity” dan setelah digabungkan ketiganya dipanggil “The Lord”.

BAB 5 : Soalan berkaitan psikologi 

Adakah anda sanggup berkhidmat di Sabah atau Sarawak?

Ya, saya sanggup! Sebagai seorang penjawat awam yang berkhidmat demi negara, saya 
sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja yang diarahkan oleh kerajaan. Saya juga akan memastikan keluarga saya akan berpindah sama dengan saya jika perlu. Sejak dari dulu lagi, saya memang sedia maklum bahawa kakitangan awam ini mesti sanggup bertugas di mana-
mana tempat yang diarahkan.

Inilah antara contoh-contoh soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga dalam sektor kerajaan. Nak lagi? Jika anda ingin dapatkan 250 contoh soalan dan jawapan temuduga untuk anda gunakan sebagai persediaan menghadapi temuduga. Klik pautan di bawah untuk mendapatkannya.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.