Header Ads

Cara Daftar SYABAS Online (e-Bil Air Selangor)

Cara Daftar SYABAS Online (e-Bil Air Selangor). Nak daftar akaun SYABAS? Panduan buat warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ingin mendaftar akaun SYABAS secara online. Untuk makluman, SYABAS menyediakan satu sistem online iaitu e-Bil Air Selangor untuk memudahkan pengguna membuat bayaran bil air secara online. Sebelum itu, pengguna perlu mendaftar akaun baharu bekalan air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menerusi atas talian https://eser.syabas.com.my/syabascsp/. 



Cara Daftar SYABAS Online (e-Bil Air Selangor) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran SYABAS e-Bil Air Selangor termasuk memaparkan cara daftar dan login :


Air Selangor adalah merupakan syarikat milik sepenuhnya Kerajaan Selangor ditubuhkan pada tahun 2014 untuk menyediakan perkhidmatan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 


Cara Pendaftaran Akaun SYABAS Online


1. Untuk pendaftaran akaun sila layari ke laman web Air Selangor https://crisportal.airselangor.com.


2. Pada ruangan kotak login Air Selangor, tekan link Sign Up.


3. Seterusnya, anda perlu isi maklumat pada ruangan yang disediakan.


4. Masukkan nama penuh dan emel anda yang aktif. 


5. Masukkan nombor telefon dan IC Police/Military/Passport/Company Reg No., masukkan nombor kad pengenalan baru (MyKad) anda tanpa tanda ‘-‘, ATAU nombor pengenalan polis/tentera ATAU nombor passport.


6. Masukkan password yang selamat untuk akaun anda. 


7. Tekan butang Register dan Sign Up.


8. Kemudian, tekan butang Agree untuk ke proses seterusnya dan cara daftar Syabas.


9. Anda akan menerima SMS yang mengandungi kod 6 digit. 


10. Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. 


11. Tekan butang Confirm. 


Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi www.airselangor.com. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.