Header Ads

Cara Bayar Bil Guna PayBillsMalaysia 2023 Online (Daftar & Login)

Cara Bayar Bil Guna PayBillsMalaysia 2023 Online (Daftar & Login). Nak bayar bil? Panduan buat pengguna yang ingin membuat bayaran bil secara dalam talian. Untuk makluman, SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (SNT) memperkenalkan satu sistem online iaitu PayBillsMalaysia yang membolehkan urusan bayaran bil secara online tanpa perlu bersusah untuk beratur. Antara bayaran bil yang diterima dalam sistem PayBillsMalaysia seperti bil air, bil elektrik, kredit permainan, bil tafsiran, telekomunikasi dan banyak lagi. Sebelum itu, pengguna perlu mendaftar akaun PayBillsMalaysia secara online menerusi laman web www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia.


Cara Bayar Bil Guna PayBillsMalaysia 2021 Online (Daftar & Login)



Cara Bayar Bil Guna PayBillsMalaysia 2023 Online (Daftar & Login)



Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang PayBillsMalaysia termasuk memaparkan Cara daftar dan login :


Apa Itu PayBillsMalaysia?


PayBillsMalaysia adalah satu perkhidmatan bil elektronik dan pembayaran yang dimiliki oleh SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (SNT) yang bertujuan untuk memudahkan pengguna membuat bayaran bil secara online. Antara tujuan perkhidmatan PayBillsMalaysia dilaksanakan bagi membolehkan pihak-pihak tertentu untuk menghantar bil-bil dan penyata secara elektronik.


Senarai Kemudahan PayBillsMalaysia


Antara kelebihan PayBillsMalaysia Yang boleh dimanfaatkan adalah seperti berikut :


a. Menerima bil secara atas talian.

b. Kesemua bil belum berbayar disatukan dalam satu muka.

c. Kemudahan membayar bil untuk diri sendiri dan untuk orang lain menggunakan pelbagai akaun perbankan Internet.

d. Tidak perlu bersusah untuk beratur seperti yang berlaku jika membayar bil secara tradisional.


Cara Daftar Akaun PayBillsMalaysia Online


1. Untuk pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi rasmi PayBillsMalaysia https://www.paymentgalaxy.com/paybillsmalaysia/.

2. Klik pilihan bahasa sama ada Englis/Malaysia (sekiranya pilih bahasa Malaysia).

3. Tekan pada butang DAFTAR.

4. Seterusnya pilih akaun anda sama ada MyKad/Bukan Warganegara (sekiranya pilih MyKad).

5. Isikan maklumat yang tertera pada borang.

6. Masukkan Perkataan Rahsia anda.

7. Pilih Gambar Rahsia yang anda inginkan.

8. Masukan KATA LALUAN anda dan sahkan sekali lagi.

9. Masukkan CATCHA yang tertera dan klik pada butang TERUSKAN.

10. Kemudian anda dikehendaki masukkan Nombor Telefon dan email anda untuk pengesahan.

11. Kemudian tekan pada butang daftar.

12. Selesai, anda akan menerima emel sebagai pengesahan.


Cara Bayar Bil Guna PayBillsMalaysia Online


1. Selepas pendaftaran, anda boleh log masuk ke PayBillsMalaysia.

2. Pilih bil yang anda hendak bayar.

3. Pilih Saluran Pembayaran yang anda hendak guna dan klik Bayar.

4. Pada skrin yang berikutnya anda dapat mengesahkan atau menukar amaun yang hendak dibayar.

5. Laman Pengesahan Pembayaran akan dipaparkan.

6. Anda perlu menamatkan proses validasi atau memberi kebenaran untuk pembayaran.


Untuk keterangan lanjut sila menghubungi Khidmat Pelanggan di nombor 1-300-88-7722.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.