Header Ads

Cara Mohon Dan Semakan Program PRIHATIN Kasih 2021 Online (mykasih.com.my)

Cara Mohon Dan Semakan Program PRIHATIN Kasih 2021 Online (mykasih.com.my). Apa itu Program Prihatin Kasih? Berita baik buat keluarga miskin bandar di seluruh negara dimana kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.


Cara Mohon Dan Semakan Program PRIHATIN Kasih 2021 Online (mykasih.com.my)



Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah. Tujuan utama program ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad. Elaun ini boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai-kedai runcit terdekat.


Cara Mohon Dan Semakan Program PRIHATIN Kasih 2021 Online (mykasih.com.my)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Prihatin Kasih termasuk memaparkan syarat kelayakan dan semakan status:


Apa Itu Program Prihatin Kasih?


Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀


Syarat Kelayakan Menerima PRIHATIN Kasih


Penerima bantuan di bawah program PRIHATIN Kasih telah dipilih dan dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.


Lokasi Pembelian


Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya. Barangan itu boleh dibeli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores serta kedai-kedai runcit.⠀


Bulan Pelaksanaan


Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut negeri dan bulan:


i. Selangor dan Kuala Lumpur - Julai hingga September 2021


ii. Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu - Ogos hingga Oktober 2021


iii. Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak - September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember 2021


Cara Semakan Status Prihatin Kasih 2021 Online


1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan Captcha diruangan yang disediakan.

3. Kemudian, klik butang 'Semak Status',  keputusan kelayakan anda akan dipaparkan.

4. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.

5. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web rasmi http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.