Header Ads

Cara Daftar ePesara PDRM 2023 Online (Login)

Cara Daftar ePesara PDRM 2023 Online (Login). Apa itu ePesara PDRM? Panduan buat pesara polis dimana Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman telah membangunkan satu sistem online iaitu ePesara PDRM. Tujuan sistem ini dibangunkan untuk memberi kemudahan komunikasi dua hala di antara pesara / bekas polis serta waris dalam menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Dalam ePesara PDRM memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat semakan Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), Kad Pesara, persatuan pesara dan kebajikan. Untuk pendaftaran ePesara PDRM boleh dibuat secara online menerusi laman web epesara.rmp.gov.my.


Cara Daftar ePesara PDRM Online (Login)



Cara Daftar ePesara PDRM 2023 Online (Login)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang ePesara PDRM termasuk memaparkan cara pendaftaran, login dan semakan status :


Apa Itu e-Pesara PDRM?


ePesara PDRM merupakan satu sistem online yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman. Sistem ini mula dibuka pengoperasiannya pada 1 Julai 2020 dan memberi kemudahan komunikasi dua hala di antara pesara atau bekas polis serta waris dalam menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia. 


Pendaftaran Akaun ePesara PDRM


1. Untuk pertama kali sila buat pendaftaran akaun ke laman web https://epesara.rmp.gov.my/

2. Klik SINI untuk mendaftar akaun anda.

3. Masukkan maklumati yang diperlukan.

4. Masukkan Kod Pengesahan yang tertera, kemudian klik tekan Hantar.

5. Klik pada Pautan Pengaktifan yang diterima melalui emel yang telah didaftarkan.

6. Paparan mesej pengaktifan akaun telah berjaya.

7. Selesai.


Cara Login ePesara 2023 PDRM


1. Selepas pendaftaran, anda boleh log masuk ke pautan rasmi ePesara PDRM https://epesara.rmp.gov.my/

2. Klik pada Log Masuk ePesara PDRM.

3. Masukkan Id Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.

4. Tekan Log Masuk.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :


Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, 

Tingkat 25. Menara 1,

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 

Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.

Telefon: +603-2266 8387 

Faks: +603-2266 8700 

E-mel : epesara@gmp.gov@my


BACA JUGA : Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.