Header Ads

Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 2023 Terkini

Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 2023 Terkini. Anda ingin membuat permohonan SPA8i tahun 2023? Sebelum anda nak buat permohonan, pastikan semak dahulu syarat kelayakan permohonan SPA9 bagi sesuatu jawatan yang dipohon. Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang menguruskan pengambilan jawatan kosong kerajaan telah menyediakan satu sistem online yang dikenali sebagai SPA9. Sistem ini juga menyediakan semakan syarat kelayakan jawatan dan boleh terus buat permohonan jawatan kosong yang ditawarkan. Bagi anda yang berkelayakan boleh mohon jawatan SPA secara online menerusi laman web rasmi www.spa.gov.my.


Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 2022 Terkini


Syarat Kelayakan Permohonan SPA9 2023 Terkini 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat-syarat kelayakan permohonan SPA8i bagi lepaskan PMR/ PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah termasuk Latihan Separa Perubatan dan Orang Kurang Upaya :

Secara umumnya permohonan jawatan terbahagi kepada beberapa kategori bagi pemohon ;

● Lepasan PMR/PT3
Lepasan SPM
Lepasan STPM
Lepasan STAM
Latihan Separa Perubatan
● Orang Kurang Upaya (OKU)
Diploma
Ijazah/Sarjana/PHD

Syarat Kelayakan SPA Lepasan PMR/PT3/SRP


Calon yang memiliki kelayakan PT3 seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/ PMR iaitu:

i. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred 'E' dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.
ii. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred 'C' dalam mata pelajaran berkenaan.

Syarat Kelayakan SPA Lepasan SPM 


● Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu (1) peperiksaan atau ;
● Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat LULUS yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut atau ;
● Memenuhi syarat kelayakan bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu.


Syarat Kelayakan SPA Lepasan STPM


Bagi pemegang sijil STPM, anda kini telah menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran sebagai penanda aras keputusan pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN : Jawatan Kosong SPA9 Terkini

Syarat Kelayakan SPA Lepasan STAM 


A. Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:

1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.


Syarat Kelayakan SPA Matrikulasi 


Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran pengkhususan akan diberi dalam bentuk gred. Setiap gred akan diberi mata nilaian. Semua mata pelajaran pengkhususan (kecuali bahasa inggeris) akan diambil kira untuk pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).

Pengiraan:
Mata = Jam Kredit M/P x Mata Nilaian
PNGS = Jumlah Mata / Jam Kredit Semester Berkenaan
PNGK = Jumlah Mata Keseluruhan / Jumlah Jam Kredit Keseluruhan

Syarat Kelayakan SPA Diploma/ Ijazah Sarjana Muda 


Sistem penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dilaksanakan bagi mewujudkan satu mekanisma untuk menilai pengetahuan siswazah universiti di Malaysia.

Syarat Kelayakan SPA Bagi OKU 


Boleh rujuk syarat kelayakan SPA bagi kategori OKU 👉 SEMAK SYARAT

BACA JUGA : Cara Permohonan Jawatan Kosong SPA8i

Sumber : SPA

4 ulasan:

  1. Umur saya genap 25 tahun .. masih boleh lagikah saya memohon jawatan spa seperti polis, imigresen atau bomba ..

    BalasPadam
  2. saya reset password tapi asyik ade maslah sistem je

    BalasPadam
  3. Nak tanya kenapa yang matrikulasi tu tak muncul kat menu akademik SPA tu ye? Saya asyik dapat jawatan taraf sijil je...Hmm?

    BalasPadam
  4. saya buat daftar pengguna baru asyik minta nama penuh dan no kad pengenalan seperti yang tertera dalam kad pengenalan padahal nama saya dan ic memang betul. saya call hotline pun dah bercakap tapi last2 suara hilang yang ada bunyi saja..buat saya give up emmm

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.