Header Ads

Panduan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Panduan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41. Adakah anda bakal calon Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 pada 26 Januari 2018? Jika ya! Diucapkan tahniah kepada calon peperiksaan online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 yang akan menjawab soalan exam ini. Anda pertama kali dipanggil untuk menduduki exam online Penerbit Rancangan sesi 2018?

Panduan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Mungkin di antara mereka masih lagi keliru dan tercari-cari panduan lengkap untuk menjawab soalan peperiksaan online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41. Kini, anda berada di platform yang tepat untuk membantu para calon. Disini tim SPA8i akan kongsikan satu Panduan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41.

Anda di kalangan yang bertuah kerana dipanggil untuk menduduki peperiksaan online SPA pada 26 Januari 2018 ini. Sudah pasti ia satu peluang terbaik anda untuk menjawat jawatan kerajaan sebagai Penerbit Rancangan di Jabatan Penyiaran Malaysia. Tapi sebelum anda layak ke fasa seterusnya iaitu sesi temuduga Penerbit Rancangan, sudah tentu anda perlu membuat persiapan yang rapi dahulu dengan mengetahui format, kriteria dan contoh soalan peperiksaan Penerbit Rancangan.

Panduan Peperiksaan Online Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang peperiksaan online Penerbit Rancangan termasuk memaparkan sukatan peperiksaan dan rujukan lengkap :

Sukatan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41


● Peperiksaan ini mengandungi dua bahagian iaitu:

A. Bahagian I - Amali
B. Bahagian II - Bertulis

○ BAHAGIAN I – AMALI

Bahagian ini mengandungi dua seksyen iaitu :

• Seksyen A : Suara
• Seksyen B : Penyampaian

Semua calon dikehendaki menjawab kedua-dua seksyen.

Seksyen A : Suara

1. Calon-calon akan diuji suara dalam dua bahasa.
2. Satu di dalam Bahasa Melayu dan satu lagi di dalam bahasa/ dialek lain yang
ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
3. Penilaian terhadap bacaan calon adalah berdasarkan kepada mutu suara seperti berikut :
(i) Jelas dan terang
(ii) Nada Suara

Seksyen B : Penyampaian

1. Calon-calon akan diuji bakat, kebolehan dan kreativiti dalam perkara-perkara
berikut:
i) Penyampaian Berita (WAJIB)
ii) Penyampaian Pengulas Acara Sukan
iii) Penyampaian Pengulas Siaran Langsung
iv) Penyampaian Laporan Wartawan Lokasi
v) Penyampaian Hiburan

2. Calon-calon adalah diwajibkan untuk menjawab soalan Penyampaian Berta
manakala bagi soalan seterusnya calon dikehendaki memilih salah satu di
antaranya sahaja dan menyampaikan dalam bahasa pilihan masing-masing.
Contohnya: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan lain-lain bahasa/
dialek yang diperlukan oleh jabatan.

3. Calon-calon akan diberi masa 20 minit untuk membuat persediaan sebelum
ujian dijalankan.

4. Penilaian akan diberikan seperti berikut :
a. Kreativiti
b. Pengolahan
c. Kelancaran
d. Sebutan
e. Penghayatan

○ BAHAGIAN II – BERTULIS

Bahagian ini mengandungi tiga seksyen iaitu:

• Seksyen A - Pengetahuan Am
• Seksyen B - Karangan
• Seksyen C - Terjemahan

Seksyen A – Pengetahuan Am

1. Masa yang diperuntukkan bagi Seksyen A ini ialah 30 minit.
2. Bilangan soalan ialah 40, iaitu terdiri daripada soalan aneka pilihan.
3. Soalan-soalan dalam seksyen ini adalah berbentuk aneka pilihan 4 pilihan jawapan.
4. Calon-calon dikehendaki menjawab semua 40 soalan yang disediakan.
5. Soalan bagi Seksyen A adalah menguji pengetahuan calon mengenai bidang-bidang berikut:
i) Kenegaraan
ii) Isu-isu semasa
iii) Ekonomi
iv) Sosio Budaya
v) Media
vi) Hiburan
vii) Sukan

Seksyen B – Karangan

1. Masa yang diperuntukan ialah 70 minit.
2. Bilangan soalan yang dikemukakan ialah 6. Calon diwajibkan menjawab 2 soalan sahaja.
3. Calon akan diberi enam tajuk mengenai isu-isu semasa dan dikehendaki menulis 2 karangan.
4. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam bahasa/ dialek lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan.
5. Setiap karangan tidak melebihi 300 patah perkataan.

Seksyen C – Terjemahan

1. Masa yang diperuntukkan ialah 40 minit.
2. Hanya 2 soalan dikemukakan dalam seksyen ini.
3. Calon-calon akan diberi dua petikan karangan yang mengandungi lebih kurang
100 patah perkataan setiap satu.
4. Satu petikan karangan dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa
Inggeris/ Bahasa Lain yang ditentukan tertakluk kepada keperluan jabatan
i) Petikan Karangan A – Bahasa Melayu
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau satu bahasa yang ditentukan.
ii) Petikan Karangan B – Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain.
• Petikan karangan ini hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Panduan Menjawab Soalan Penerbit Rancangan 


Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini. Soalan berbentuk objektif.

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan
tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan
dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon hendaklah membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN PENERBIT RANCANGAN GRED B29 & B41


Anda boleh dapatkan rujukan lengkap Penerbit Rancangan dalam bentuk fail PDF menerusi link di bawah ;


Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

GROUP TELEGRAM PENERBIT RANCANGAN 

○ Klik : https://t.me/penerbitrancangan

Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Penyiaran Malaysia. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.