Header Ads

Permohonan Anggota RELA 2023 Online (Semakan Status)

Permohonan Anggota RELA 2023 Online (Semakan Status). Anda berminat menjadi anggota Sukarelawan Malaysia RELA? Panduan buat pemohon yang ingin menjadi seorang anggota RELA tahun 2023. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh memohon anggota RELA secara dalam talian (online) melalui sistem MyRELA. Berikut dikongsikan adalah cara permohonan RELA online.

Permohonan Anggota RELA 2022 Secara Online

Permohonan Anggota RELA 2023 Online (Semakan Status)


Berikut adalah maklumat tentang permohonan anggota RELA Malaysia termasuk memaparkan syarat permohonan, aplikasi online dan semakan status :

Fungsi dan tugas RELA


1. Kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
2. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
3. Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

Syarat Kelayakan Ahli RELA 


Berikut adalah Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA :

● Warganegara Malaysia.
● Umur 18 tahun dan ke atas.
● Sihat tubuh badan.

Kecuali

1. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
2. Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
3. Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
4. Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
5. Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja dalam perkhidmatan itu.
6. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
7. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
8. Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
Anggota-anggota Pasukan Polis.
9. Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
10. Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
11. Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
12. Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Cara Permohonan RELA Online di MyRELA 


1. Capaian untuk membuat permohonan online pengguna perlu layari ke portal MyRELA http://myrela.moha.gov.my.

2. Pengguna perlu menggunakan browser firefox sahaja.

3. Selepas itu paparan system Myrela akan di paparkan. Sila klik pada menu Permohonan online untuk membuat permohonan secara online.

Permohonan Anggota RELA Secara Online

4. Sila pastikan anda mengisi pada maklumat yang bertanda * berwarna merah.

5. Selepas anda isi semua maklumat yang di perlukan anda perlu klik butang 'Hantar'.

6. Selepas itu mesej akan dipaparkan maklumat anda Berjaya di hantar. Dengan
itu permohonan anda telah Berjaya di hantar.

7. Sekiranya ada ralat seperti permohonan anda telah wujud atau sebarang ralat ini menandakan permohonan anda tidak Berjaya di hantar.

Semakan Status Permohonan RELA 2023 Online 


1. Bagi menyemak permohonan anda yang telah di buat secara online. Anda boleh layari ke http://myrela.moha.gov.my.

2. Kemudian sila klik pada menu semak permohonan.

3. Selepas anda klik pada menu semak permohonan system akan memaparkan
seperti gambar di bawah. Selepas itu anda masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang semak.

Permohonan Anggota RELA Secara Online

4. Status permohonan anda akan dipaparkan.

5. Untuk anda mencetak maklumat atau status permohonan anda secara online
anda boleh klik pada pautan CETAK.

SUMBER : RELA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.