Header Ads

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 (2022)

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 (2022). Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2022? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Penolong Pegawai Tadbir tahun 2022. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N29 di Kementerian Kesihatan Malaysia akan dijalankan bermula pada 18 Oktober 2022. Berikut adalah contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk pengetahuan, Ujian Psikometri adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ujian Psikometrik juga merupakan soalan lebih menguji kepada personaliti dan nilai positif calon peperiksaan SPA. Ia berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Maknanya Ujian Psikometrik ini untuk menguji tentang diri anda sendiri dan anda perlu menjawab jawapan dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 (2022)


Berikut adalah maklumat tentang Ujian Psikometrik SPA bagi Penolong Pegawai Tadbir termasuk memaparkan contoh soalan dan aplikasi semakan :

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA 


1. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.

A. Ya      B. Tidak

2. Saya meminati pekerjaan sebagai penasihat kewangan.

A. Ya      B. Tidak

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..

A. Ya      B. Tidak

4. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Ya      B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Ya      B. Tidak

6. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat

A. Setuju      B. Tidak Setuju

7. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur

A. Setuju    B. Tidak Setuju

8. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubukan kelab kesihatan.

A. Ya            B. Tidak

Nota : Soalan Ujian Psikometrik di atas adalah contoh sahaja bukannya soalan sebenar atau soalan bocor.

DAPATKAN RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK 


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian Psikometrik dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan  lengkap untuk membantu calon-calon untuk menjawab soalan ujian Psikometrik.


Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik. Yang menariknya ebook Psikometrik dipakejkan sekali dengan rujukan temuduga kerja kerajaan.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk dapatkan contoh soalan Ujian Psikometrik ;

>> RUJUKAN PSIKOMETRIK LENGKAP <<

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.